Tuesday, August 23, 2011

DOA DUDUK ANTARA 2 SUJUD.....(^_^)


Pernah hayati? atau baca terlalu laju sampai tak sempat nak fahami maksudnya?
✔ Rabbighfirlii (Tuhanku, ampuni aku)
✔ Warhamnii (sayangi aku)
✔ Wajburnii (Tutuplah aib-aibku)
✔ Warfa’nii (Angkatlah darjatku)
✔ Warzuqnii (Berilah aku rezeki)
✔ Wahdinii (Berilah aku petunjuk)
✔ Wa’Aafinii (Sihatkan aku)
✔ Wa’fuannii (Maafkan aku)

Doa yang bermakna bagi seorang yang bertauhid.Amin

Monday, August 22, 2011

DOSA MENINGGALKAN SEMBAHYANG..




Meninggalkan sembahyang adalah satu-satunya pemisahan antara keimanan dengan kekufuran. Dosa setimpal untuk mereka yang meninggalkan sembahyang bagi setiap fardu adalah seperti berikut :

Subuh 
●• satu fardu yang ditinggalkan Allah akan mencampakkannya ke dalam neraka selama 60 tahun.

Zuhur 
●• satu fardu yang ditinggalkan, dosanya sama seperti membunuh 1000 orang Islam.

Asar 
●• satu fardu yang ditinggalkan, dosanya samalah seperti meruntuhkan kaabah.

Maghrib 
●• satu fardu yang ditinggalkan, dosanya sama seperti seorang itu berzina dengan ibu (bagi lelaki) atau bapa (bagi 
perempuan).

Isyak 
●• satu fardu yang ditinggalkan, Allah tidak akan meredhai hidupnya di atas muka bumi ini.

Friday, August 19, 2011

juz for rilekskan otak... ♥


KISAH NAMA PANJANG.. :)

Ajoi mendapat kerja sebagai guru sandaran di sebuah sekolah di Kulai.

Selepas memperkenalkan diri, dia menyemak nama murid-murid darjah 3 Raya dan merasa agak pelik semasa membaca nama seorang murid, iaitu “W.TAUFIK WWW”.

Kemudian guru tersebut menanyakan perkara tersebut.

Cikgu Ajoi : “Cikgu nak tahu, siapa yang bernama W.TAUFIK WWW ?”.

Taufik : “Saya Cikgu…” (Taufik menjawab & berdiri).

Cikgu Ajoi : “Taufik, saya ingin tahu nama panjang kamu apa?”.

Taufik : “Maaf Cikgu Ajoi, panjang sangat..”.

Cikgu Ajoi : “Takpe-takpe Taufik,cakap jer..”.

Taufik : “Baik Cikgu , nama penuh saya ialah…Wabillahi TAUFIK-wal hidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh…”.

Cikgu Ajoi menarik nafas panjang dan terdiam.

Setelah dari darjah 3 Raya, Cikgu Ajoi kemudian masuk ke darjah 1 Mawar dan menyemak nama murid-murid.

Mata Cikgu Ajoi tertuju pada 1 nama yang unik iaitu “BKBKBDB DIAN”.

Kemudian Cikgu Ajoi menanyakan siapa muridnya yang mempunyai nama tersebut.

Berdirilah seorang murid dan menjawab “saya DIAN Cikgu…”.

Semasa Cikgu Ajoi melihat wajah murid itu seiras muka Taufik darjah 3 Raya.

Cikgu Ajoi : “Dian ada abang di sekolah ini?”.

Dian : “Ya Cikgu,nama dia TAUFIK.Abang saya darjah 3.”

Cikgu Ajoi : “Saya ingin tahu nama panjang Dian apa pulak?”.

Dian : “Baik Cikgu, nama panjang saya ialah…

Berakit-rakit Ke hulu Berenang-renang Ke tepian, Bersakit-sakit Dahulu Bersenang-senang kemu DIAN”

Cikgu Ajoi :@$%&#^%

Saksikan kehimpitan hidup rakyat somalia

Negara kita dilimpahi kurniaan tuhan sampai ade mkanan terbuang di tong....sedangkan MEREKA ini kebuluran..tidak cukup makanan. sampai mencuri makanan, mati dan sebagainya.


Thursday, August 18, 2011

PESANAN HARI RAYA

Pesanan dari PDRM Jika anda memandu diwaktu mlm dan cermin kereta dilempar telur ayam jgn on wiper atau pancut air.Terus memandu dgn apa yg mampu dilihat hingga tiba ditmpt slmt.Ini krn jika telur ayam bercampur air ia akn menjadi susu dan akan kaburkan 92.5% tahap pengelihatan kita yg akan memaksa kita berhenti.Disitulah kita akan menjadi mangsa perompak.Inilah teknik baru yg digunakan..
Hati-hati balik ke Kampung~

HOrLICKs!!!

‎:::KEJADIAN BERLAKU DI DUN SURA,DUNGUN:::
Di suatu pagi yg buta (sahur daaa) ...

mak : Alim bangun lim..makan sahur nie...
Alim : masih menarik selimut & bertanye pada mak nye..''MAK BUAT HO..HO...HOLICK EK ???..''

Mak : HO...HO...HOTAK engkau...bangun cepatttt..!!!!


Seloka NAK...NAK..NAK

Nak Pandai=Cari isteri cikgu
Nak Sihat=Cari isteri doktor
Nak Kaya=Cari isteri anak tan sri
Nak Glemer=Cari isteri artis
Nak Gadoh=Cari isteri samseng
Nak Sembang=Cari isteri penceramah
Nak Alim=Cari isteri ustazah
Nak Gumuks=Cari isteri chef
Nak Selamat=Cari isteri polis
Nak Stailo=Cari isteri kaki shopping
Nak MAMPOS=Cari isteri muda yg 1 ofis dgn isteri tua...hee

Wednesday, August 17, 2011

seloka diantara peniaga & pembel

pembeli : berapa harga kuih nie
peniaga : 2 RM 5 kak
pembeli : mahalnya??nie kuih cucur udang kan?
peniaga : a'ah kak
pembeli : xnampak pn udangnya??
peniaga : nie kuih apa kak?
pembeli : kuih badak berendam ..tu ak tahu
peniaga : akak nampak x badaknya....

HAHAHAHA.....

Saturday, August 13, 2011

Perempuan dihujung RAMADAN...

Perempuan ini bernama Ju. Ju seorang yang sangat cantik, mempunyai seorang suami yang baik dan seorang anak. Kehidupannya sangatlah senang dan murah rezekinya..Di rumahnya terdapat lah seorang pembantu indonesia..BU sia namanya. Orangnya baik, sopan dan sangat kasih kepada keluarga majikannya. Suatu hari, Bu Sia mendapat panggilan dari kampungnya mengatakan bahawa ayahnya telah meninggal dunia. Maka, dia pon menjeritlah sekuat hati memanggil majikannya. Ju sebagai majikan menenangkan Bu sia. Bu sia meminta untuk pulang ke tanah airnya untuk menjeguk jenazah bapanya.
Permulaan cerita baru saja bermula, Ju mempunyai seorang adik perempuan. Memakai tudung, berpewatakan baik, sedang mencari kerja. Buat masa ini, adik perempuanya menetap di rumah Ju. Ju melayani adiknya dengan baik sekali. Hendak dijadikan pemudah kepada Ju, Ju memintanya menjadi pembantu di rumahnya menggantikan Bu sia sekejaap.
Maka pada keesokkan harinya, Ju membawa pulang hadiah pemberian Manager di tempat dia bekerja dan menunjukkan kepada adiknya. Betapa terkejutnya si adik....Beg tangan berjenama "GUCCI". cantik sekali.berwarna putih.si adik memuji dan melihat beg itu dengan penuh minat. Tanpa berkata apa-apa, Ju terus berkata "adik ambillah hadiah ni..kakak tidak mahu.kakak ambil sebab nak jaga ati Manager je". tapi si adik terus bergurau mengatakan "ni mesti manager akak syok kt akak"...kakak membalas "ala, bukan dia xtau yang akak ni ade anak ade suami..kakak xnak lah hadiah ni.adik ambil lah ea" si adik tanpa segan silu "betol ni kak..adik ambil ea.Mekasih.Sayang kakak"...
Selepas kejadian itu, si adik yang menjaga rumah tangga si kakak kerana sibuk di pejabat. Adakalanya balik ke rumah pukul 11malam. Sudah lewat bukan. si adik yang menjaga makan minum si suami kakak ini...Si suami mula berasa seronok dengan layanan si adik dan........................................................................

BERSAMBUNG......tgu taw.ade lagi.

Friday, August 12, 2011

Karipap segi empat

Bahan-bahan

3 biji ubi kentang
4 sudu besar serbuk kari daging
1/2 cawan air
100g daging/ayam
secubit garam
kulit popiah segera

Cara-cara
1. Potong ubi kentang berbentuk dadu kecil.
2. Hiris halus daging/ayam.
3. Bancuh serbuk kari dengan air.
4. Gaulkan ayam/daging yang dipotong halus tadi bersama serbuk kari yang telah dibancuh tadi.
5. Rebus potongan ubi tadi selama 10minit dan toskan.
6. Masak kari yang telah digaul dengan ayam/daging sehingga naik bau. Jangan lupa letak garam.
7. Masukkan ubi kentang yang telah di rebus tadi sekaligus. Gaulkan sehingga sebati.

Bungkusan

Kulit popiah segera di tebarkan dan letakkan 1 sudu ubi kentang yang telah siap tadi.
Bungkus ikut kreativiti anda....SELAMAT MENCUBA!!!

Cornflakes MILO.....yum..yum



Bahan-bahan ( 10 orang )

  • 100g Mentega
  • 100g Cornflakes
  • 100g Serbuk Milo
  • 4 Sudu Makan Madu

Cara-cara

  1. Cornflakes di hancurkan (sederhana).
  2. Masak mentega hingga cair di api yang sederhana.
  3. Sudah cair masukkan madu (kacau hingga sebati)
  4. Masukkan Milo (Kacau hingga sebati)
  5. Bila sudah sebati tuangkan kedalam bekas cornflakes yang telah dihancurkan.
  6. Bulatkan lah semasa masih panas.
  7. Bila dah selesai masukkan kedalam peti sejuk (lagi enak)

tart telor yang SEDAP!!!


Jom kita cuba REsipi ni...mari2!!


Bahan-bahan ( untuk 30 keping yer! )

  • PASTRY
  • 200g butter
  • 80g gula aising
  • 360g superfine flour
  • 1biji telur
  • 1/2 sudu kecil esen vanila
  • FILLING :
  • 1 cawan susu cair
  • 4 biji telur
  • 1 cawan gula
  • 1 cawan air
  • 1 sudu besar tepung kastard
  • 1/2 sudu kecil esen vanila
  • pewarna kuning

Cara-cara

  1. Pukul butter dan gula sampai kembang.
  2. Masukkan telur sedikit demi sedikit.
  3. Masukkan tepung sampai jadi doh.
  4. Ratakan setebal 1/2 cm dan terap dalam acuan.
  5. Cucuk dengan garfu supaya tidak kembung. Dan bakar selama 10min pada suhu 180.
  6. Keluarkan dan masukkan filling. Bakar lagi 10 min.
  7. Untuk filling. Campurkan semua bahan dan gaul hingga sebati.

Wednesday, August 10, 2011

Perot BUncit

anak : mak,,apa dalam perut mak tu?

mak : adik hang laa

anak : mak benci adik ke??

mak : ehhh , mak tak pernah benci anak mak...

anak : dah tu , kenapa mak telan dia??

mak : ....aku tertampaq hang jangan tanya pasai pa nooo..

Nenek dan Hartanya.

Nenek : Rahmat, nenek sudah tdak kuat lagi, nenek minta kamu sambung mengusahakan kebun nenek.


Rahmat :Jgn ckp mcm tu, nek (dlm hati, x sia-sia aku balik kampung..dpt pulak harta pusaka nenek). 


Nenek :Sgala isi perkebunan,ternakan,villa,trak​tor untuk kamu.Tlg jaga baik2 jgn lupa disiram tiap hari tanaman nenek." 


Rahmat :"Baik nek, nenek jgn bimbng tntang hal itu Tpi di mana kebun nenek? Rahmat x pernah tahu?" 


Nenek : Di Facebook nenek, FARMVILLE, nnt nenek bgtau passwordnya." 


Rahmat : "???" ^_^

Tuesday, August 9, 2011

RESIPI


Puding Caramel Paling Simple  


Bahan-Bahan:
Utk Puding: 
5 Biji Telur Ayam Gred A
 
6 Sudu Makan Gula
 
1 Sudu Makan Esen Vanila
 
¾ Tin Susu Cair
 
Utk Caramel : 
Beberapa Sudu Gula
 
Loyang @ bekas besi
Cara:
-Panaskan loyang di atas dapur dgn api yg perlahan. Kemudian masukkan beberapa sudu gula,cairkan...apabila cair dan kemerah-merahan,tutup api dan alirkan cairan gula tadi supaya melitupi keseluruhan bahagian dalam loyang. Biarkan seketika supaya kering & menjadi lapisan nipis. 
-Masukkan kesemua bahan utk puding ke dalam blender,dan blend sehingga hancur & larut. Masukkan adunan ke dalam loyang
 
& kukus sehingga masak. Sesudah masak, sejukkan di dalam peti.
Cadangan Hidangan:
Keluarkan dari peti & telangkupkan di atas pinggan. Boleh dihiaskan dgn krim putar.
Tambahan:
Sebelum memasukkan adunan ke dalam loyang,pastikan cairan gula sudah betul2 keras terlebih dahulu.
Amos Biscuits 
Bahan-Bahan:
250g butter 
6 oz gula halus
 
6 oz gula perang[brown sugar]
 
1tsp vanilla essence
 
2 biji telor [2 kuning &1 putih]
 
450g self-raising flour
 
6 oz hersey chocolate chips
 
150g walnut atau badam
 
suku sudu teh bicabonate of soda
Cara:
(1)pukol butter hingga gebu 
masokan kedua2 jenis gula tadi,vanilla dan telor dan d kacau rata
 
(2)masokan tepung,chocolate chips dan walnut d kacau rata
 
(3) ambil sesudu adonan tadi dan d taruh d atas dulang pembakar
 
(4) bakar pada suhu 150-170 selama 15-20 minit
Apam Polkadot 

Bahan-Bahan:
-3biji telur 
-275gm tepung gandum
 
-220gm gula halus
 
-150ml susu segar
-3sudu teh baking powder 
-1sudu kecil ovalatte
 
-1sudu kecil esen vanilla
 
-filling (blueberry@apa2 ikut citarasa)
 
-pewarna
Cara:
1-masukkan telur dan gula dlm mgkuk mixer dan pukul smpai kembang,masukkan ovalatte pukul lagi hingga kembang 
2-masukkan tepung,baking powder,esen vanilla dan susu segar,pukul hingga kembang selama 6-8 minit.
 
3-bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan titiskan pewarna.
 
4-masukkan setiap warna kedalam piping bag.picitkan adunan kedalam mangkuk kertas.
 
5-letakkan filling secukupnya.picitkan lagi adunan yang sama sehingga 3/4 penuh.
 
6-kemudian dot-dotkan dengan warna pilihan.
 
7-kukus selama 10-15 minit dengan api sederhana.
Cadangan Hidangan:
untuk hidangan minum petang dan majlis2 keramaian.
Tambahan:
1-letakkan papercup dalam acuan lompang supaya tidak lembik. 
2-bahan untuk 50biji papercup medium.
Agar-agar Marble
Bahan-Bahan:
4 sudu besar tepung kastad
½ cawan susu cair
125 gm mentega
6 gelas air
1 bungkus agar-agar
5 biji telur
1 mangkuk kecil gula
Sedikit serbuk koko
Cara:
Masak agar-agar dengan 6 gelas air sehingga mendidih. Bila telah hancur masukkan gula. Sementara menunggu gula hancur, boleh bancuhkan bahan-bahan untuk campuran agar-agar. Pukul telur dengan mentega sehingga kembang. Setelah itu masukkan susu cair dan tepung kastad sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga sebati. Setelah itu tuangkan adunan ke dalam agar-agar tadi kemudian kacaukan hingga rata. Sesudah sebati dan kelihatan agak pekat bolehlah diangkat dan bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Satu adunan dicampurkan dengan koko dan satu lagi tanpa warna. Masukkan ke dalam acuan berselang-seli kemudian sejukkan.
Biskut Epal
Sumber: Majalah Jelita, Mei 1991 
Hits: 1247 Rating: 0.00 Review: 0
Bahan-Bahan:
180 gm mentega 
90 gm gula halus
 
300 gm tepung gandum
 
1 camca teh esen vanila
 
2 sudu besar parutan epal 
Beberapa kuntum bunga cengkih
 
Sedikit pewarna hijau
Cara:
Pukul mentega bersama gula, parutan epal, esen vanila dan pewarna hijau. 

Masukkan tepung. Gaul rata.
 

Bentukkan adunan seperti epal. Lekatkan cengkih sebagai tangkai. Bakar selama 20 minit.

Biskut Emping Oat Berkismis
Bahan-Bahan:
½ cawan gula perang
1 cawan gula halus
1 cawan mentega tanpa garam
1 camca teh esen vanila
 
1 biji telur, dipukul
1 ½ cawan emping oat
1 cawan kismis hitam
1 ½ cawan tepung serba guna - diayak bersama
 
1 camca teh serbuk penaik - diayak bersama
1 camca teh serbuk kulit kayu manis - diayak bersama
Cara:
Pukul gula perang dan gula halus bersama mentega hingga kembang. Masukkan esen vanila dan telur. Kacau rata. Masukkan bahan-bahan diayak bersama emping oat dan kismis. Kacau sebati dan simpan sejam di dalam peti sejuk. Kemudian bentukkan adunan bulat-bulat seperti guli kecil dan tekan adunan menjadi leper. Letakkan adunan di atas dulang bakar yang dilengser dengan sedikit mentega. Bakar 10 minit atau hingga kuning pada suhu 180'C.

Biskut Quaker Oats
Bahan-Bahan:
1 tin Quaker Oats (sederhana) 
1 tin kelapa parut kering
 
½ sudu baking soda
Margerine 
1 biji telur ayam
 
1 cawan gula
 
Ceri merah & hijau untuk hiasan - potong kiub kecil
Cara:
Kelapa parut, baking soda dan quaker oats digaul sebati. 

Masukkan telur dan gula dan gaul rata.
 

Lembutkan adunan dengan margerine.
 

Ambil sedikit adunan dan dibulatkan seperti guli.
 

Susun dalam dulang pembakar dan hiaskan dengan ceri.
 

Bakar 10- 15 minit

Cornflakes Madu
Bahan-Bahan:
1 cawan gula 
10 tbs madu
 
1 buku mentega (250g)
 
1 kotak cornflakes
Cara:
masak semua bahan-bahan tadi kecuali cornflakes. Setelah gula larut, sejukan sebentar ( jangan terlalu lama, nanti gula mejadi keras) dan masukan cornflakes yang diramas (jagan terlalu hancur). Bubuhkan adunan itu kedalam paper cups, dan hiasi dengan ceri merah di atas. sejukan dalam 15 minit sehinga adunan menjadi keras, Simpan didalam bekas kedap udara.

Kuih Bangkit
Bahan-Bahan:
2 cawan tepung gandum 
2 cawan gula
 
2 biji kelapa (diambil pati santannya)
 
5 biji telur ayam
1 paket tepung sagu 
Sedikit serbuk penaik
 
Cara:
1- Ayak tepung gandum & tepung sagu serta serbuk penaik kemudian gaulkan sehingga sebati. 

2- Masukkan santan, telur & gula dan dipukul sehingga kembang.
 

3- Masukkan tepung kedalam adunan santan sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh.
 

4- Terapkan dengan acuan.
 

5- Bakar dengan suhu yang sederhana sehingga masak.


Kuih muih

Apam Gula Hangus

Bahan-Bahan:
5 biji telor ayam 
1 cawan gula pasir
 
¾ cawan susu pekat manis
2 cawan tepung gandum (diayak) 
½ cawan gula pasir (dibuat gula hangus)
 
½ cawan air (dimasukkan dalam gula hangus)
 
Cara:
Pukul telor bersama gula hingga kembang masukkan susu pekat manis dan pukul lagi kemudian masukkan tepung gandum sedikit-sedikit sambil dikacau hingga sebati. Akhir sekali masukkan gula hangus tadi dan dikacau sebati. Tuangkan adunan dalam bekas untuk dikukus selama 40 minit.
Cadangan Hidangan:
Kalau suka boleh juga dikukus dalam acuan kecil-kecil.
Tambahan:
Sekiranya terasa manis kurangkan sedikit gula.

Cream Puff
Bahan-Bahan:
Bahan Pastry: 
330 gm air
 
190 gm mentega
 
secubit garam
 
240 gm tepung gandum
 
9 biji telur
 
Custard Cream: 
55 gm custard powder
 
2 biji telur
 
1 tin susu cair - dibahagikan dua
 
225 ml air
 
160 gm gula
 
½ sudu makan mentega
 
sedikit esen vanilla
 
Cara:
Cara-cara untuk membuat pastry: 
1 tin pembakar kuih dialas dasarnya dengan kertas alas kuih.
 
Tuangkan air, mentega dan garam kedalam mangkuk dan jerangkan diatas dapur hingga mendidih.
 
Apabila sudah mendidih, tuangkan tepung kedalam dan kacau dengan segera.
 
Masak hingga adunan menjadi satu 'dough' yg besar dan tak melekat ditepi periuk. Turunkan dari dapur dan salinkan ini kedalam mangkuk pemukul dan biarkan adunan sejuk sebentar.
 
Sesudah itu, pukul adunan sambil menuangkan telur sedikit demi sedikit hingga habis. (sehingga boleh jatuh dari sudu).
 
Masukkan adunan kedalam piping bag dan dgn menggunakan nozzle bintang, terapkan bulatan kecil-kecil.
 
Bakar diketuhar selama 25 min dgn suhu 200 darjah.
 
Bila sejuk, belahkan dua (tapi jangan putus) dan isikan dengan custard cream.
 

Cara-cara untuk membuat custard cream:
 

Bancuh custard powder dengan telur dan setengah tin susu cair.
 
Tapis dan ketepikan.
 
Air, setengah tin lagi susu cair dan gula dimasak diatas dapur hingga hampir mendidih.
 
Kemudian kecilkan api dan masukkan bancuhan telur dan custard powder tadi. Kacau adunan ini senantiasa hingga adunan agak pekat.
 
Apabila sudah pekat, masukkan mentega dan esen vanilla.
 
Sejukkan krim ini sebelum diisikan kedalam pastry tadi.
 


Tambahan:
make sure yang adunan tadi sejuk dahulu jika tidak ia akan menjadi leper!!

Keria
Bahan-Bahan:
600 gm keledek
Setengah cawan air
5 sudu gula pasir
Tepung gandum secukupnya
Cara:
Kupas keledek dan rebus hingga empuk. Tus airnya dan lecek halus. Campur tepung sedikit-sedikit hingga boleh diuli. Jangan terlalu lembik atau terlalu keras. Ambil sejemput-sejemput, bulatkan dan leperkan. Buat lubang di tengah seperti membuat donat. Buat hingga habis dan goreng. Masak gula pasir bersama air di dalam kuali hingga air gula likat. Masukkan kuih yang digoreng tadi. Perlahankan api dan gaul perlahan. Biar air gula bertukar menjadi serbuk putih, padamkan api.

Kuih Cara Manis
Bahan-Bahan:
300 gm tepung gandum
1 biji telur ayam
½ biji kelapa
4 helai daun pandan
garam
gula
 
majerin
acuan baulu
Cara:
Tepung gandum yang telah diayak dimasukkan ke dalam mangkuk. Masukkan telur yang telah dipukul dan gaul sebati. Kemudian masukkan santan bersama air daun pandan sedikit demi sedikit. Kacau agar tidak bergentil. Pastikan adunan tidak terlalu pekat atau cair dan masukkan sedikit garam. Panaskan acuan baulu dengan sedikit majerin. Masukkan adunan dan tabur sedikit gula di atasnya. Setelah bahagian tepi kuning bolehlah diangkat. Ambil dua biji kuih cara dan tangkupkan ketika hendak dihidangkan.
Kuih Lompang
Bahan-Bahan:
½ biji kelapa
1 cawan gula putih
2 cawan tepung beras
½ cawan tepung ubi
Sedikit kapur
½ cawan gula merah, untuk dicampur dengan gula putih menghasilkan warna coklat
Cara:
Masak air gula dengan 3 cawan air, tapis masukkan dalam bekas, sejukkan sedikit. Satukan tepung & bancuh dengan 3 cawan air & sedikit air kapur, kacau rata. Tuangkan air gula yang masih panas, kacau. Celupkan jari, kalau melekat bolehlah digunakan. Panaskan pengukus & juga acuan lompang. Tuangkan adunan kedalam mangkuk lompang & kukus hingga masak (40 minit), kalau mahukan kuih lompang yg berwarna-warni, asingkan ke dalam 2/3 bekas & titikkan warna yang disukai.
Cadangan Hidangan:
Ketika menghidangkannya, masukkan sedikit kelapa parut yang digaul dengan garam di tengah-tengah kuih yang berlompang itu.

Tepung Pelita Lagi Simple


Bahan-Bahan:
2 cawan Tepung Jagung 
4 cawan air
 
4 cawan santan (tak kisah pekat/cair)
 
1 cawan Gula
Pewarna Hijau 
Sedikit Garam
 
Daun pandan (bentukkan 4 segi)
Cara:
Untuk Lapisan Bawah: 
Masak 4 cawan air bersama 1 cawan tepung jagung, gula dan sedikit serbuk hijau. Bila sudah pekat, tuang ke dalam bekas daun pandan. Biarkan sejuk.
 

Untuk Lapisan Atas:
 
Masak 4 cawan santan bersama 1 cawan tepung jagung dan sedikit garam. Sentiasa kacau sehingga pekat. Bila adunan mula berat, tuang ke atas lapisan yang pertama tadi dan biarkan sejuk.
 
Tambahan:
Jika suka kuih ini dalam keadaan berair (cair), tambahkan air(utk lapisan bawah)dan tambahkan santan (utk lapisan atas).






KEK

2 minutes chocolate cake  


Bahan-Bahan:
Ingredients 
· 4 ounces self raising flour
 
· 4 ounces castor sugar
 
· 2 level tablespoons cocoa
 
· pinch of salt
 
· 2 ounces melted butter
 
· ½ cup milk
 
· 1 egg
 
· a little vanilla essence
 
Cara:
Method 

Place all ingredients into a bowl in the above order. Beat well for 2 minutes. Pour into a greased 7 inch cake tin. Bake for 35-40 minutes in 350°F.
 
Tambahan:
first try,never forget it !
Kek Buah-buahan Munawarah  


Bahan-Bahan:
175 gm mentega
175 gm gula perang
3 biji telur
200 gm kismis hitam
100 gm kismis emas
100 gm ceri hijau
100 gm ceri merah
50 gm nanas (dipotong dadu)
50 gm kurma (dipotong dadu)
Bahan-bahan diayak: 
225 gm tepung berserbuk penaik
1 sudu teh rempah kek
Cara:
Pukul mentega bersama gula hingga kembang. Masukkan telur berselang-seli dengan tepung. Gaul semua buah-buahan ke dalam adunan. Tuang ke dalam acuan bulat berukuran 17 cm. Bakar pada suhu 160C selama 1 3/4 hingga 2 jam.

Kek Coklat Basah Termudah 

Bahan-Bahan:
BAHAN A: 
250gm Mentega
 
2 cwn Gula Halus
 
7 biji Telur
 
2 cwn Tepung Kek (Blue Key)
 
BAHAN B: 
1 cwn Serbuk Koko (Van Haoutern)
 
½ cwn Gula Halus
 
1 cwn Air
 

Campurkan semua Bahan B ni, masak atas api sampai pekat dan likat.
Cara:
1.Pukul mentega dan gula sehingga kembang. 
2.Kemudian, masuk telur satu persatu dan pukul hingga kembang.
 
3.Masukkan Bahan B yang telah siap tersedia ke dalam adunan diselang selikan bersama tepung kek.
 
(Masukkan sesenduk sesenduk la..)
 
4.Gaul sebati dan bakar dalam ketuhar lebih kurang 1 jam.
 
Cadangan Hidangan:
Kalau nak sedap lagi korang leh la curahkan coklat masak kat atas kek nanti..sedap..
Tambahan:
Bahan B tadi biar suam-suam sikit time nak masuk dalam adunan. Jangan di biar sejuk,nanti beku.. 

Nak buat gula halus, korang kisar je la gula kasar tu.