Puding Caramel Paling Simple | | |
Bahan-Bahan: | ||
Utk Puding: 5 Biji Telur Ayam Gred A 6 Sudu Makan Gula 1 Sudu Makan Esen Vanila ¾ Tin Susu Cair | Utk Caramel : Beberapa Sudu Gula Loyang @ bekas besi | |
Cara: | ||
-Panaskan loyang di atas dapur dgn api yg perlahan. Kemudian masukkan beberapa sudu gula,cairkan...apabila cair dan kemerah-merahan,tutup api dan alirkan cairan gula tadi supaya melitupi keseluruhan bahagian dalam loyang. Biarkan seketika supaya kering & menjadi lapisan nipis. -Masukkan kesemua bahan utk puding ke dalam blender,dan blend sehingga hancur & larut. Masukkan adunan ke dalam loyang & kukus sehingga masak. Sesudah masak, sejukkan di dalam peti. | ||
Cadangan Hidangan: | ||
Keluarkan dari peti & telangkupkan di atas pinggan. Boleh dihiaskan dgn krim putar. | ||
Tambahan: | ||
Sebelum memasukkan adunan ke dalam loyang,pastikan cairan gula sudah betul2 keras terlebih dahulu. | ||
Amos Biscuits | ||
Bahan-Bahan: | ||
250g butter 6 oz gula halus 6 oz gula perang[brown sugar] 1tsp vanilla essence 2 biji telor [2 kuning &1 putih] 450g self-raising flour 6 oz hersey chocolate chips 150g walnut atau badam suku sudu teh bicabonate of soda | ||
Cara: | ||
(1)pukol butter hingga gebu masokan kedua2 jenis gula tadi,vanilla dan telor dan d kacau rata (2)masokan tepung,chocolate chips dan walnut d kacau rata (3) ambil sesudu adonan tadi dan d taruh d atas dulang pembakar (4) bakar pada suhu 150-170 selama 15-20 minit | ||
Apam Polkadot | ||
Bahan-Bahan: | ||
-3biji telur -275gm tepung gandum -220gm gula halus -150ml susu segar | -3sudu teh baking powder -1sudu kecil ovalatte -1sudu kecil esen vanilla -filling (blueberry@apa2 ikut citarasa) -pewarna | |
Cara: | ||
1-masukkan telur dan gula dlm mgkuk mixer dan pukul smpai kembang,masukkan ovalatte pukul lagi hingga kembang 2-masukkan tepung,baking powder,esen vanilla dan susu segar,pukul hingga kembang selama 6-8 minit. 3-bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan titiskan pewarna. 4-masukkan setiap warna kedalam piping bag.picitkan adunan kedalam mangkuk kertas. 5-letakkan filling secukupnya.picitkan lagi adunan yang sama sehingga 3/4 penuh. 6-kemudian dot-dotkan dengan warna pilihan. 7-kukus selama 10-15 minit dengan api sederhana. | ||
Cadangan Hidangan: | ||
untuk hidangan minum petang dan majlis2 keramaian. | ||
Tambahan: | ||
1-letakkan papercup dalam acuan lompang supaya tidak lembik. 2-bahan untuk 50biji papercup medium. | ||
Agar-agar Marble | ||
Bahan-Bahan: | ||
4 sudu besar tepung kastad ½ cawan susu cair 125 gm mentega 6 gelas air | 1 bungkus agar-agar 5 biji telur 1 mangkuk kecil gula Sedikit serbuk koko | |
Cara: | ||
Masak agar-agar dengan 6 gelas air sehingga mendidih. Bila telah hancur masukkan gula. Sementara menunggu gula hancur, boleh bancuhkan bahan-bahan untuk campuran agar-agar. Pukul telur dengan mentega sehingga kembang. Setelah itu masukkan susu cair dan tepung kastad sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga sebati. Setelah itu tuangkan adunan ke dalam agar-agar tadi kemudian kacaukan hingga rata. Sesudah sebati dan kelihatan agak pekat bolehlah diangkat dan bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Satu adunan dicampurkan dengan koko dan satu lagi tanpa warna. Masukkan ke dalam acuan berselang-seli kemudian sejukkan. | ||
Bahan-Bahan: | ||
180 gm mentega 90 gm gula halus 300 gm tepung gandum 1 camca teh esen vanila | 2 sudu besar parutan epal Beberapa kuntum bunga cengkih Sedikit pewarna hijau | |
Cara: | ||
Pukul mentega bersama gula, parutan epal, esen vanila dan pewarna hijau. Masukkan tepung. Gaul rata. Bentukkan adunan seperti epal. Lekatkan cengkih sebagai tangkai. Bakar selama 20 minit. | ||
Biskut Emping Oat Berkismis | ||
Bahan-Bahan: | ||
½ cawan gula perang 1 cawan gula halus 1 cawan mentega tanpa garam 1 camca teh esen vanila 1 biji telur, dipukul | 1 ½ cawan emping oat 1 cawan kismis hitam 1 ½ cawan tepung serba guna - diayak bersama 1 camca teh serbuk penaik - diayak bersama 1 camca teh serbuk kulit kayu manis - diayak bersama | |
Cara: | ||
Pukul gula perang dan gula halus bersama mentega hingga kembang. Masukkan esen vanila dan telur. Kacau rata. Masukkan bahan-bahan diayak bersama emping oat dan kismis. Kacau sebati dan simpan sejam di dalam peti sejuk. Kemudian bentukkan adunan bulat-bulat seperti guli kecil dan tekan adunan menjadi leper. Letakkan adunan di atas dulang bakar yang dilengser dengan sedikit mentega. Bakar 10 minit atau hingga kuning pada suhu 180'C. | ||
Biskut Quaker Oats | ||
Bahan-Bahan: | ||
1 tin Quaker Oats (sederhana) 1 tin kelapa parut kering ½ sudu baking soda | Margerine 1 biji telur ayam 1 cawan gula Ceri merah & hijau untuk hiasan - potong kiub kecil | |
Cara: | ||
Kelapa parut, baking soda dan quaker oats digaul sebati. Masukkan telur dan gula dan gaul rata. Lembutkan adunan dengan margerine. Ambil sedikit adunan dan dibulatkan seperti guli. Susun dalam dulang pembakar dan hiaskan dengan ceri. Bakar 10- 15 minit | ||
Cornflakes Madu | ||
Bahan-Bahan: | ||
1 cawan gula 10 tbs madu 1 buku mentega (250g) 1 kotak cornflakes | ||
Cara: | ||
masak semua bahan-bahan tadi kecuali cornflakes. Setelah gula larut, sejukan sebentar ( jangan terlalu lama, nanti gula mejadi keras) dan masukan cornflakes yang diramas (jagan terlalu hancur). Bubuhkan adunan itu kedalam paper cups, dan hiasi dengan ceri merah di atas. sejukan dalam 15 minit sehinga adunan menjadi keras, Simpan didalam bekas kedap udara. | ||
Kuih Bangkit | ||
Bahan-Bahan: | ||
2 cawan tepung gandum 2 cawan gula 2 biji kelapa (diambil pati santannya) 5 biji telur ayam | 1 paket tepung sagu Sedikit serbuk penaik | |
Cara: | ||
1- Ayak tepung gandum & tepung sagu serta serbuk penaik kemudian gaulkan sehingga sebati. 2- Masukkan santan, telur & gula dan dipukul sehingga kembang. 3- Masukkan tepung kedalam adunan santan sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh. 4- Terapkan dengan acuan. 5- Bakar dengan suhu yang sederhana sehingga masak. | ||
Kuih muih
Apam Gula Hangus | ||||
Bahan-Bahan: | ||||
5 biji telor ayam 1 cawan gula pasir ¾ cawan susu pekat manis | 2 cawan tepung gandum (diayak) ½ cawan gula pasir (dibuat gula hangus) ½ cawan air (dimasukkan dalam gula hangus) | |||
Cara: | ||||
Pukul telor bersama gula hingga kembang masukkan susu pekat manis dan pukul lagi kemudian masukkan tepung gandum sedikit-sedikit sambil dikacau hingga sebati. Akhir sekali masukkan gula hangus tadi dan dikacau sebati. Tuangkan adunan dalam bekas untuk dikukus selama 40 minit. | ||||
Cadangan Hidangan: | ||||
Kalau suka boleh juga dikukus dalam acuan kecil-kecil. | ||||
Tambahan: | ||||
Sekiranya terasa manis kurangkan sedikit gula. | ||||
Cream Puff | ||||
Bahan-Bahan: | ||||
Bahan Pastry: 330 gm air 190 gm mentega secubit garam 240 gm tepung gandum 9 biji telur | Custard Cream: 55 gm custard powder 2 biji telur 1 tin susu cair - dibahagikan dua 225 ml air 160 gm gula ½ sudu makan mentega sedikit esen vanilla | |||
Cara: | ||||
Cara-cara untuk membuat pastry: 1 tin pembakar kuih dialas dasarnya dengan kertas alas kuih. Tuangkan air, mentega dan garam kedalam mangkuk dan jerangkan diatas dapur hingga mendidih. Apabila sudah mendidih, tuangkan tepung kedalam dan kacau dengan segera. Masak hingga adunan menjadi satu 'dough' yg besar dan tak melekat ditepi periuk. Turunkan dari dapur dan salinkan ini kedalam mangkuk pemukul dan biarkan adunan sejuk sebentar. Sesudah itu, pukul adunan sambil menuangkan telur sedikit demi sedikit hingga habis. (sehingga boleh jatuh dari sudu). Masukkan adunan kedalam piping bag dan dgn menggunakan nozzle bintang, terapkan bulatan kecil-kecil. Bakar diketuhar selama 25 min dgn suhu 200 darjah. Bila sejuk, belahkan dua (tapi jangan putus) dan isikan dengan custard cream. Cara-cara untuk membuat custard cream: Bancuh custard powder dengan telur dan setengah tin susu cair. Tapis dan ketepikan. Air, setengah tin lagi susu cair dan gula dimasak diatas dapur hingga hampir mendidih. Kemudian kecilkan api dan masukkan bancuhan telur dan custard powder tadi. Kacau adunan ini senantiasa hingga adunan agak pekat. Apabila sudah pekat, masukkan mentega dan esen vanilla. Sejukkan krim ini sebelum diisikan kedalam pastry tadi. | ||||
Tambahan: | ||||
make sure yang adunan tadi sejuk dahulu jika tidak ia akan menjadi leper!! | ||||
Keria | ||||
Bahan-Bahan: | ||||
600 gm keledek Setengah cawan air | 5 sudu gula pasir Tepung gandum secukupnya | |||
Cara: | ||||
Kupas keledek dan rebus hingga empuk. Tus airnya dan lecek halus. Campur tepung sedikit-sedikit hingga boleh diuli. Jangan terlalu lembik atau terlalu keras. Ambil sejemput-sejemput, bulatkan dan leperkan. Buat lubang di tengah seperti membuat donat. Buat hingga habis dan goreng. Masak gula pasir bersama air di dalam kuali hingga air gula likat. Masukkan kuih yang digoreng tadi. Perlahankan api dan gaul perlahan. Biar air gula bertukar menjadi serbuk putih, padamkan api. | ||||
Kuih Cara Manis | ||||
Bahan-Bahan: | ||||
300 gm tepung gandum 1 biji telur ayam ½ biji kelapa 4 helai daun pandan | garam gula majerin acuan baulu | |||
Cara: | ||||
Tepung gandum yang telah diayak dimasukkan ke dalam mangkuk. Masukkan telur yang telah dipukul dan gaul sebati. Kemudian masukkan santan bersama air daun pandan sedikit demi sedikit. Kacau agar tidak bergentil. Pastikan adunan tidak terlalu pekat atau cair dan masukkan sedikit garam. Panaskan acuan baulu dengan sedikit majerin. Masukkan adunan dan tabur sedikit gula di atasnya. Setelah bahagian tepi kuning bolehlah diangkat. Ambil dua biji kuih cara dan tangkupkan ketika hendak dihidangkan. | ||||
Kuih Lompang | ||||
Bahan-Bahan: | ||||
½ biji kelapa 1 cawan gula putih 2 cawan tepung beras ½ cawan tepung ubi | Sedikit kapur ½ cawan gula merah, untuk dicampur dengan gula putih menghasilkan warna coklat | |||
Cara: | ||||
Masak air gula dengan 3 cawan air, tapis masukkan dalam bekas, sejukkan sedikit. Satukan tepung & bancuh dengan 3 cawan air & sedikit air kapur, kacau rata. Tuangkan air gula yang masih panas, kacau. Celupkan jari, kalau melekat bolehlah digunakan. Panaskan pengukus & juga acuan lompang. Tuangkan adunan kedalam mangkuk lompang & kukus hingga masak (40 minit), kalau mahukan kuih lompang yg berwarna-warni, asingkan ke dalam 2/3 bekas & titikkan warna yang disukai. | ||||
Cadangan Hidangan: | ||||
Ketika menghidangkannya, masukkan sedikit kelapa parut yang digaul dengan garam di tengah-tengah kuih yang berlompang itu. | ||||
Tepung Pelita Lagi Simple | ||||
Bahan-Bahan: | ||||
2 cawan Tepung Jagung 4 cawan air 4 cawan santan (tak kisah pekat/cair) 1 cawan Gula | Pewarna Hijau Sedikit Garam Daun pandan (bentukkan 4 segi) | |||
Cara: | ||||
Untuk Lapisan Bawah: Masak 4 cawan air bersama 1 cawan tepung jagung, gula dan sedikit serbuk hijau. Bila sudah pekat, tuang ke dalam bekas daun pandan. Biarkan sejuk. Untuk Lapisan Atas: Masak 4 cawan santan bersama 1 cawan tepung jagung dan sedikit garam. Sentiasa kacau sehingga pekat. Bila adunan mula berat, tuang ke atas lapisan yang pertama tadi dan biarkan sejuk. | ||||
Tambahan: | ||||
Jika suka kuih ini dalam keadaan berair (cair), tambahkan air(utk lapisan bawah)dan tambahkan santan (utk lapisan atas). | ||||
KEK 2 minutes chocolate cake | | |||
Bahan-Bahan: | ||||
Ingredients · 4 ounces self raising flour · 4 ounces castor sugar · 2 level tablespoons cocoa · pinch of salt · 2 ounces melted butter · ½ cup milk · 1 egg · a little vanilla essence | ||||
Cara: | ||||
Method Place all ingredients into a bowl in the above order. Beat well for 2 minutes. Pour into a greased 7 inch cake tin. Bake for 35-40 minutes in 350°F. | ||||
Tambahan: | ||||
first try,never forget it ! | ||||
Kek Buah-buahan Munawarah | | |||
Bahan-Bahan: | ||||
175 gm mentega 175 gm gula perang 3 biji telur 200 gm kismis hitam 100 gm kismis emas 100 gm ceri hijau 100 gm ceri merah 50 gm nanas (dipotong dadu) 50 gm kurma (dipotong dadu) | Bahan-bahan diayak: 225 gm tepung berserbuk penaik 1 sudu teh rempah kek | |||
Cara: | ||||
Pukul mentega bersama gula hingga kembang. Masukkan telur berselang-seli dengan tepung. Gaul semua buah-buahan ke dalam adunan. Tuang ke dalam acuan bulat berukuran 17 cm. Bakar pada suhu 160C selama 1 3/4 hingga 2 jam. | ||||
Kek Coklat Basah Termudah | ||||
Bahan-Bahan: | ||||
BAHAN A: 250gm Mentega 2 cwn Gula Halus 7 biji Telur 2 cwn Tepung Kek (Blue Key) | BAHAN B: 1 cwn Serbuk Koko (Van Haoutern) ½ cwn Gula Halus 1 cwn Air Campurkan semua Bahan B ni, masak atas api sampai pekat dan likat. | |||
Cara: | ||||
1.Pukul mentega dan gula sehingga kembang. 2.Kemudian, masuk telur satu persatu dan pukul hingga kembang. 3.Masukkan Bahan B yang telah siap tersedia ke dalam adunan diselang selikan bersama tepung kek. (Masukkan sesenduk sesenduk la..) 4.Gaul sebati dan bakar dalam ketuhar lebih kurang 1 jam. | ||||
Cadangan Hidangan: | ||||
Kalau nak sedap lagi korang leh la curahkan coklat masak kat atas kek nanti..sedap.. | ||||
Tambahan: | ||||
Bahan B tadi biar suam-suam sikit time nak masuk dalam adunan. Jangan di biar sejuk,nanti beku.. Nak buat gula halus, korang kisar je la gula kasar tu. | ||||
No comments:
Post a Comment